Thursday, 19 September 2013

Relasi Mencari Sahabat Sejati .

Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya. Itulah yang dinamakan sahabat sejati . Manusia,dia mencari diri,Kerana dia tahu Tuhan tidak melakukan perkara sia-sia,Dia tahu hidupnya punya makna,Maka dia cuba mengenali diri,Untuk mengetahui tujuan hidupnya.Sahabat yang sebenar adalah yang membawa ke syurga,Yang kala dilihat wajahnya teringatkita akan dia,Yang kita jatuh ke neraka dia akan menrik kita,Yang  redha-Nya menjadi asbab persahabatannya bersama kita.Hati seorang sahabat itu peka,Kerana dia berhubung dengan jiwa sahabatnya,Menyayanginya melebihi diri sendiri,Atas dasar mencari redha Illahi.Hidup tidak sentiasa mudah,Di tengahnya ada ujian yang melanda,Iman tidak sentiasa tinggi,Akan ada masa,turunlah ia,Maka manusia perlu berusaha,Saat berada di atas,buat persediaan secukupnya,Kala di bawah,bersegera naik semula.Kadang-kadang kita tidak mampu menerima,Walaupun kita mengetahuinya,Lantaran ego bergema dalam sukma jiwa,Lantas kita percaya apa kita mahu percaya,Dan berterusan dengannya.Ibadah itu adakah hanya di masjid ? Ataupun ia hanya pada seluruh bahagian ? Maka apakah di gelanggang permainan  tiadanya ibadah ? Ataupun di situ ada tanggungjawab yang perlu dipamerkan ? . Kadang kala jodoh itu tidak disangka,Kita tidak mencarinya,Dia datang menyapa,Tetapi manusia tidak dicipta hanya dengan jiwa,Akal wujud untuk mengimbanginya,Maka berfikirlah wahai hamba,Jangan hanya dibutakan cinta.Di dunia ini ada taman-taman syurga,Yang dinaungi sayap para malaikat,Merahmati manusia yang duduk didalamnya,Apakah kita mencari,Apakah kita berjumpa,Majlis-majlis ilmu yang menghidupkan jiwa.Ada peristiwa,Kita takkan mampu menjangka,Dari situ akan berbuah pelbagai cerita,Tanda kita hanya manusia biasa di bawah aturan-Nya,Namun apakah kita akan berhenti berusaha? Peringat itu bermakna buat yang beriman,Kerana jiwa yang beriman sentiasa dahagakan pesanan,agar perjalanannya terjaga,Bergerak ke  syura bukan ke neraka-Nya. . 

No comments:

Post a Comment